Monday, March 19, 2012

Rahmat Allah - Extended

I received a very good story berkaitan Rahmat Allah from a blog reader who now has become my friend. Thank you so much darling for the time and effort! :)

29) The man who will have one good deed short 

There will be a man, when his good and bad deeds will be weighed, he will have a good deed less for going to Heaven.  
The Angel will say to him, "Go and get a good deed from someone, then you can go to Heaven, otherwise you will go to Hell." 

This person will go to his mother and ask her for a good deed. His mother will say, "I don't even know you." 

Like this, he will go to all his family and they will all say that they don't know him and he will not get a good deed from them. He will go around Mahshar asking for a good deed. 

He will come across a man. He will ask him for a good deed. He will say, "In my life-time I have only done one good deed, the rest I have done are all bad deeds. I know I will not be going to Heaven with one good deed. You take it." 

The man will take the good deed and come back to the scale. He will say, "I have a good deed." 

The Angel will put the good deed on the scale and his good deeds will become more. The man will become happy. Allah will order the man to bring the man who sacrificed his good deed for the other man. 

When that man will come, Allah will say to him, "You had one good deed and you sacrificed it to another man. As a show of my Mercy, you will go to Heaven with him as well."


Taken from: 

This is another story about how kalau hati kita penuh dengan sifat2 Rahmat Allah, Allah akan reward kita dengan benda yang sama, malah lebih baik. In this case, the man sacrifice kan diri dia for the betterment of the other person. And sebab sifat itulah Allah masukkan dia sekali dalam syurga walaupun pahala dia cinonet tu aje.


Allah also pernah nasihatkan Rasulullah tentang sifat Rahmah, dan bagaimana Allah suka orang yang bila dia dah berazam nak buat something, next tu dia tawakal pula kepada Allah untuk resultnya.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.


Oleh itu 
maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka (dalam urusan peperangan dan hal-hal keduniaan). Kemudian apabila engkau telah berazam untuk membuat sesuatu (sesudah bermesyuarat), maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya."

(Surah Al-Imran: 159)



Dalam Surah ni Allah dah cakap, sebab Rahmat Allah lah Rasulullah miliki sifat lemah lembut. Jangan cemburu. Kita pun dapat juga. Sama ada nak praktikkan atau tidak aje. Heh..

Kemudian, Allah pesan lagi, 
"Maafkanlah mereka". 

Maafkan. Maafkan. Maafkan.


Cakap senang kan? Nak buat susah. Saya faham. Kekadang bila orang tu sakitkan hati kita tahap popeye, kita memang akan ahhh sampai bebila aku takkan maafkan kau bedebah! Amboi sempat drama. Ada tu i pernah dengar, "Kita settle kat Padang Masyar." Oh my gucci ni lagi la so garang.


Bayangkan kalau Allah buat camtu kat kita. Semalam masa dating terpegang tangan boyfriend pastu termiss Asar. Eh alamak menyesal. Pastu kita minta maaf kat Allah. And Allah cakap "Kita settle kat Padang Masyar." Apa perasaan? 
Alolo takmo nangis terjun lombong.

Tapi Allah tak macam tu. Rahmat Dia 
melimpah ruah untuk kita kan? Tapi jangan lah sebab ini juga, kita ambil kesempatan. Mentang2 tau Dia akan maafkan ye. Ngade hang.

Jadi kalau Allah pun boleh ketepikan ego Dia and ampunkan kita, siapalah kita ni nak buat sebaliknya. Lawyer? Majistret? Tak buk, HR ezekutip je.



True Muslim juga adalah muslim yang selalu melebihkan orang lain (dalam Islam dipanggil ITHAR) and mahu orang lain juga bahagia.

That is why Allah lebih suka orang yang bila dia berdoa, dia doakan untuk orang lain sekali. Dia doakan kawan dia dipertemukan jodoh yang baik. Dia doa anak orang yang duk kutuk dia belakang2 tu dapat result best dalam SPM esok. Dia doa boss dia jumpa jalan untuk berbaik dengan mak mertua. Dia doa husband dia mampu capai impian beli Ferrari. Eh itu nak tumpang sekaki. And the list goes on.



Masa kita menang peperangan Yarmouk dulu, Khalid Al - Walid was leading tentera Islam. Ramai lah tentera kita yang cedera parah. Pastu cam orang2 admin pembawa air pergilah cepat2 dekat tentera2 yang parah ni nak kasi diorang minum. Tapi bekalan air sikit aje ni. Tak cukup untuk semua.|

So pembawa air ni pergilah dekat seorang tentera. Tentera tu masa dia nak minum, dia terdengar pula kawan dia kat hujung sana tu minta "air.. air.." Pastu dia cakap, "takpe, berikan air ini kepadanya." Bila pembawa air ni pergi kat the next one ni, the next one ni dengar pula kawan dia lagi satu minta air juga. Dia pun suruh pembawa air ni bagi air tu kat kawan dia instead. And it kept on happening like that, main pass2, sampai last2 air tu tak berusik langsung, and they mati syahid di situ.


Kisah ni menceritakan how semangat ITHAR ni ada pada Muslim yang sebenar-benar Muslim and pendek kata, 
ahli syurga. Kalau kita reflect balik, let say kita beli Ferrero Roche. Apa kita buat?

Sebab mahal kan, maka disorokkan cokelat itu supaya rumet tak nampak maka dia takleyh minta sket. LOL kejamnya please! Ni contoh aje i tak refer to sesiapa walaupun i guna word "kita" di situ. Hihihi.


Tapi tu la, maknanya mereka tu tengah2 sakit dengan panas terik lagi tu, 
mereka masih mengutamakan yang lain. Jadi, mampukah kita pun miliki sifat seperti itu? Takleyh cakap "mampuuuu" sebab kita tak diuji lagi camtu.


I ada sorang kawan masa university dulu. Pantang i cakap i suka something of her stuff, she will give them to me. Walaupun barang tu dia suka. Kekadang kalau i suka barang dia, i terpaksa adore dalam hati aje. Meronta-ronta hatiku oh..

Tapi kawan i ni memang sangat baik lah. Tatau bila i boleh achieve her level. Dan kalau ada yang cuba gunakan entry ini untuk meminta apa2 barang kesayangan saya seperti iPhone atau Baby Phatku, hmm.. kasi saya menangis satu stadium dulu please.


Sunday, March 18, 2012

Rahmat Allah

This post is requested by AznurulThank you hun!

*******************************************

Soalannya: 

Macam mana caranya untuk kita mendapatkan rahmat Allah? Kerana Rasulullah pernah menyebut, yang kita nanti masuk syurga kerana rahmat Allah, dan bukan kerana AMALAN KITA.

I love this question cos i also pernah dengar about that quote but never drill further. So this time, i have asked my uncle, whom i trust with anything related to Agama, and whom i call Pakchet, plus listening to ceramah Ustaz Shamsuri on YouTube. And now im gonna share with you what ive found out :)


Apakah itu Rahmat Allah?

Maksudnya segala sifat pengasih, penyayang, pemaaf, dermawan, cepat kesian, simpati, pemurah, belas ihsan, dan segala yang sama waktu dengannya yang ada pada Allah. Allah tekankan banyak kali sangat dalam Al-Quran, dalam pelbagai surah, tentang RahmatNya


"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia."



(Surah Al-Hajj : 65)

Dan Allah tekankan banyak kali word melimpah dalam setiap ayat kerana Allah nak beritahu kita yang dia sayang kita maka NEVER ada perasaan ragu2 dengan RahmatNya. 

Rahmat Allah ni sebenarnya ada 100 bahagian. Tapi Allah kasi kat dunia ni 1 bahagian aje untuk kita. And 1 bahagian ni lah yang ada dalam diri setiap daripada kita sekarang.


OK. How to get Rahmat Allah?

Terapkan dalam diri sifat2 Rahmat Allah dalam diri kita. Yakni, kita kena ada sifat2 ni pada manusia lain dan haiwan. Sayang pada musuh, Kesian pada haiwan yang kotor and kelaparan, Ajak orang berbuat baik, Memaafkan orang yang sakitkan hati kita, dan sebagainya. Apa jua bentuk kasih sayang, kita beri. 


Kenapa kita kena dapatkan Rahmat Allah?

Kerana tanpa Rahmat Allah, TAK MUNGKIN kita akan masuk syurga. Sebab amalan kita ni sebanyak mana pun, takkan boleh compensate dengan apa yang Allah dah beri pada kita. Walau kita rajin beribadat camne pun, kalau takde sifat2 sayang, kesian atau pemaaf pada orang, forgeddit. TALK TO THE HAND.

Contoh.

Case #1

Di zaman Rasulullah, ada sorang perempuan ni. Memang taat dengan perintah Allah. Tahajjud tak tinggal, puasa, sedekah and lain2 lagi lah. Semua yang kenal and tau pasal dia masa tu, semua duk cakap dia ni confirm lah ahli syurga.

Tapi dia ada pe'el dia. Dia tak suka kucing. Takut ke apa tatau lah kan. So dia pernah lah ikat seekor kucing ni, sampai kucing tu mati.

So Rasulullah beritahu para sahabat, perempuan tu adalah ahli neraka. Sebab apa yang dia dah buat pada kucing tu sangat kejam dan zalim di mata Allah.

Case #2

Case ni terbalik pulak. I think you all know about kisah seorang pelacur wanita yang kasi anjing minum. OK kenapa Case #1 i guna word perempuan and yang ni wanita. Huhu okay nevermind. So anyway, sebenarnya dia kesian tengok anjing tu terjelir lidah terlalu dahaga sebab panas masa tu. Matahari terik. So dia pergi kat telaga nak amik air tapi tak sampai. So dia cedok air telaga tu guna kasut dia and kasi anjing tu minum. 

Hanya kerana belas ihsan yang dia beri pada anjing tu aje, terus Allah ampunkan dia dan jadikan dia salah seorang ahli syurga.


So you can know by now betapa pentingnya kita hidup bermasyarakat seperti yang tertulis dalam buku teks Darjah 4. Sifat rahmah ni sebenarnya perlu ada dalam hati kita sebab tanpanya, ke neraka lah kita. Pape kena tengok hati balik.


Camne kita nak tau yang hati kita ada sifat2 Rahmat Allah?

Pakchet kata senang ajo. 

Cuba tengok kalau kita nampak orang yang kita tak suka, dia buat silap and kena marah dengan boss. Adakah hati kita puas wahaha padan muka kau rassakannn atau kita ada rasa kasihan pada dia? 

Kalau orang buat silap dengan kita, and sampai tahap you broke my heart bla bla bla, adakah kita akan maafkan?

Kalau kita tak tahan tengok si polan tu menggedik dengan lelaki2 kacak dalam Facebook, lantas kita menyampah, adakah kita akan cari gang yang menyampah juga supaya boleh mengumpat together-gether?

Jika kita tick tick tick situasi di atas, sah sah lah kita ni jauh dari Rahmat Allah. 

Hati & Mulut ni memang paling susah kita nak jaga. Kan? H&M. Wow nama brand.


Sebenarnya kan, Allah ni terlalu sayang kat kita, that's why dia kasi kita Rahmat Dia. Nak harapkan amalan kita yang seco'et ni, hmm tak sampai hati nak cakap.

Rasulullah ada lah cerita dekat para sahabat kisah2 kat Padang Masyar nanti yang berkaitan dengan Rahmat Allah. I dengar, sedih. I baru taip sampai sini pun air mata dah bergenang. Ni belum cerita lagi ni. 

OK inhale.. exhale...

OK kasi i minum jap.

OK over kan.

Okay jap je.

********************


.
.
.
.
.
.
.
.

Am back!

Okay sambung.

Antara satu sifat Allah ni, dia Maha Kesian. Maha Tak Sampai Hati. Dia kalau boleh takmo kita kita ni semua masuk neraka. 

Bayangkan. Seorang ibu pun tak sanggup nak campakkan anak yang dia kandung ke dalam api, inikan pula Allah yang menciptakan kita. And kalau Allah kasi 1 bahagian aje dari Rahmat dia kat dunia ni untuk kita, for us to feel all the kasih sayang, belas ihsan etc, imagine how Maha segala Maha sifat KESIAN yang ada pada Allah. 

So sebab sifat Maha Kesian Allah ni lah yang banyak kisah2 dekat Padang Masyar nanti, manusia selamat dari azab neraka.

Satu case, ada dua orang BFF ni. Sorang dapat masuk syurga, sorang lagi... aih pepaham je lah. Pastu, masa yang dapat masuk syurga ni berada dalam syurga, dia dalam keadaan kesedihan. Dia duk cari2 BFF dia tu tapi tak jumpa.

Malaikat pun tanya, "ko cari apa ni?" Dia cakap lah, "Aku cari bestfriend aku. Mana dia?"

Malaikat pun cakap, "Oh.. Hmm.. Dia tu.. Kena masuk neraka. Timbangan berat belah kiri."

Mendengarkan tu, dia pun rasa sangat sedih so dia sugul manjang. Dia cakaplah, "Aku dulu masa kat dunia, memana pergi kitorang berdua. Pergi toilet sesama, lunch sesama, semua tempat sesama tak pernah berpisah. Sekarang ni bila dia takde, aku rasa sunyi sangat. Aku memang sayang kat dia.."

Bila Allah dengar je tu, Allah rasa cemburu. Jangan ingat kita je ada perasaan jealous2 ni. Allah pun ada. Rasa berdosa kan bila cakap sebab cemburu ni kan cam dikaitkan dengan negative feeling. Tapi Pakchet kata cemburu adalah salah satu sifat Allah and of course in a good way lah.

So Allah cemburu bila Dia tengok ada hamba Dia yang menyayangi hambanya yang lain sebanyak itu. So Dia cakap, "Adakah kau mahu menjadi penyayang lebih dari yang Maha Penyayang?"

Disebabkan persahabatan yang sejati itulah, Allah perintahkan malaikat keluarkan kawan dia yang masuk neraka tu, untuk dimasukkan ke dalam syurga. Jadi inilah maksudnya tadi yang kita masuk syurga kerana Rahmat Allah.

So Pakchet kata, pentingnya kita mencari sahabat yang baik kat dunia ni. Sebab persahabatan tu insyaAllah antara sebab yang boleh selamatkan kita. 

Bukan persahabatan je. Perkahwinan pun. Ada juga case yang si isteri sedih sebab suami dia tak lepas test so masuk neraka. So isteri dia ni sangat sedih and sebab Allah tanak dia sedih, Allah keluarkan husband dia dari neraka and bawa dia masuk syurga so that isteri dia happy. Sebab Allah tanak sesiapa pun dalam syurga bersedih. Syurga kan tempat kita enjoyyyyy~~~ 

So tadi kan dah cakap yang Allah selagi boleh tanak biarkan hamba Dia dalam neraka. Selagi boleh Dia akan cari alasan untuk masukkan kita ni dalam syurga. Nak tunjuk betapa besarnya Rahmat Allah ni, adalah seorang budak ni. Dia masuk neraka. Tapi Allah nak masukkan dia dalam syurga. So Allah tanya malaikat. Soalan pertama:

1. Pernah tak dia ni makan/minum dengan ulama'?
Malaikat jawab: Tak pernah.

2. Pernah tak dia duduk sekampung dengan ulama'? Maksudnya cam i ni kat Pandan Jaya kan. Ada tak kat Pandan Jaya ni rumah ulama'?
Malaikat jawab: Tak ada.

Allah tanya lagi...

3. Nama dia sama tak dengan mana-mana ulama'?
Malaikat jawab lagi, Takde..

Lastly Allah tanya,

4. Pernah tak dia berkawan dengan kawan yang berkawan dengan ulama'?
Time ni malaikat jawab, PERNAH!

So Allah terus perintahkan malaikat untuk keluarkan dia dari neraka to masuk syurga.

Maksudnya kat sini, Allah memang akan sentiasa cari alasan untuk kita. Berkawan dengan kawan yang berkawan dengan ulama' pun boleh masuk syurga. SubhanaAllah besarnya kasih Allah.

Tapi ada syarat. Perlu ada keimanan dalam diri kita walaupun sebesar zarah. Yang tak dapat Rahmat Allah ni adalah orang yang takde sifat Rahmat Allah dalam diri, and yang takde keimanan langsung, yakni tak percaya 6 Rukun Iman tu.

That is why, kalau kita ni jenis yang tak pernah beramal, semayang liat, kalau tak liat pun duk lengah2 nak habiskan FRIENDS dulu baru nak amik wudu', bila buat maksiat tu punyalah bangga terus update Facebook "Si Polan just became the mayor of - Zouk, Ampang"; tapi kalau kita ada iman walau sebesar zarah, yakni percaya yang Allah itu Esa, maka insyaAllah, akan ada Rahmat Allah untuk kita, InsyaAllah. 

Jadi kita kena sentiasa yakin akan Rahmat Allah, and never give up, walaupun kita rasa kita ni banyak dosa. Yakin Allah Maha Pengampun. Kerana ingatlah, "RahmatNya mengatasi segala."

Allah ni sayang sangat kat kita, sampai nanti kat Padang Masyar, adalah sorang ni. Bila timbang amalan, berat belah kiri. So masa dia nak kena seret ke neraka tu, dia cam pandang2 belakang dengan muka kesian cam cari2 Allah minta simpati harap Allah ampunkan dia. Kejap2 kang dia toleh belakang cam merayu please Allah i dont wanna go to neraka..

Disebabkan Allah tengok muka dia minta simpati camtu, Allah terus tak sampai hati, terus kesian, and arahkan malaikat masukkan dia dalam syurga. JUST LIKE THAT.

Ni nak tunjuk betapa besarnya Rahmat Allah untuk kita yang selalu lupakan Dia.

Ada seorang manusia yang kalau dia buat muka sedih, i akan tak sampai hati. Beliau adalah my niece, Aryssa. Kalau let say i tegur dia with something, dia jenis akan cembeng tau. Berbeza dengan Ayqal yang terus keluar suara soprano. So bila dia cembeng, dia akan pandang you dengan pandangan yang sangat sayu, air mata bergenang, terus i cairrrrrrrr rasa nak nangis sama. 

So i fikir, kalau i, manusia, boleh rasa perasaan tak sampai hati dengan hanya 1 bahagian dari Rahmat Allah yang Allah kasi untuk kita semua, ini kan pula Allah, yang Maha Mengasihani, Maha Penyayang, dan sebagainya. 

Ok nak nangis. Terharu dengan kasih sayang Allah pada kita.

Pelbagai alasan Allah beri untuk kita ni masuk syurga sebenarnya. Ada tu pasal rajin sapu masjid, ada tu pasal air mata. Yang kes air mata tu rasanya antara yang famous. Whereby masa dia baru nak dicampak ke neraka, bulu mata dia bersuara "eh kejap kejap." Malaikat pun tanya, "kenapa?" Bulu mata dia tu cakap, "Dulu dia ni pernah satu malam tu, kerana takutkan Allah, dia menangis sekejap and keluarlah setitis air mata dia. And sebab setitis air mata tu, basahlah aku satu helai."

Mendengarkan tu, Allah pun perintahkan malaikat masukkan dia dalam syurga. Pasal bulu mata basah je kot. Sehelai je pula tu.


Question! Kalau kita boleh masuk syurga kerana Rahmat Allah, and dengan iman yang sebesar zarah pun dah cukup, kenapa nak kena buat amalan semua?

Fikir camni je lah. Allah dah limpahkan kasih sayang dia pada kita. Tanak ke kita return the love to Him pula by buat apa yang disuruh dan disukai olehNya?

And then, syurga ni ada 8 pintu, 100 tingkat. Ada First Class ada Economy Class. Cukup ke kita nak settle dengan Economy Class tu aje? Nak hidup selamanya ni wak. Final Destination tau.

Dengan amalan lah kita boleh aim for Syurga Firdausi. Rasulullah dah pesan, kalau kita aim for syurga, aim for Syurga Firdausi. Sebab Syurga Firdausi ni terletak di tengah2 segala syurga, so dia boleh nampak pemandangan semua syurga yang ada. Special laidet.

So kalau amalan setakat atas pagar, camne nak dapat Syurga Firdausi and enjoy all the entertainment?

And then, orang yang level bawah takleyh naik atas. Tapi orang atas boleh gi level bawah. Makin atas level you, makin best hidup you. 

For example lah. Let say i dapat tingkat 50. And one of you dapat tingkat 51. So if i miss you and wanna see you, i have to ask for you to come down and see me cos i takleyh naik level you. But you can come down and see me anytime. 

So again, dengan rahmat Allah kita memang dapat masuk syurga, tapi lowest class lah. But dengan amalan kita boleh upgrade our life kat sana nanti. And kehidupan kat sana adalah kekal.

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; dan mereka akan diberi ucapan selamat (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu."


(Surah Ibrahim : 23)


Alright. Hope that clarifies tentang Rahmat Allah. Jika ada salah silap, minta tegur and sama-sama kita belajar. Thanks again to Aznurul for requesting this topic. :)

As for us, untuk tanamkan diri dengan sifat2 Rahmat Allah, first step:

1. Tahan mulut dari mengumpat

2. Fikir positive pasal orang

3. Maafkan sesiapa saja yang buat salah pada kita

If we can do this 3, insyaAllah sifat penyayang, kasihan, etc, akan lahir dengan semulajadi, insyaAllah. Ameen ya Allah..

Thursday, March 15, 2012

Kaitan Telaga Kauthar & Sunnah


Sorry for the late post. This is for last week's Rabu :)

**********************************************

Topic hari ni I pilih untuk cerita pasal Telaga Kauthar.

Kenapa? Sebab i kecewa dengan diri sendiri.

Setelah 17 tahun eh 27 tahun hidup barulah i tahu macam mana caranya nak dapat minum air dari Telaga Kauthar ni. Ingatkan selama ni buat je benda2 generic seperti solat, puasa, bayar zakat etc boleh dah minum air ni. Rupanya ada specific amalan yang kita perlu buat.

Ini adalah balasan sebab tak cukup ilmu.

*pumping patblas kali dengan gayanya*

And to be honest, first tau pasal Telaga Kauthar pun masa Raihan nyanyi lagu Sesungguhnya, and the lyric says "Tapi mungkin kerana airnya... tidak sesegar Telaga Kauthar..". Tapi tau2 camtu je lah and tak pernah nak amik tahu dengan lebih mendalam. Again, tanak search for ilmu. Time tu lebih focus nak hafal lirik lagu2 Pink dan Back Street Boys.

Alright. Lets move on. Sebelum kita cerita lebih detail tentang Telaga Kauthar ni, Mari susuri life kita lepas kita tidak lagi bernafas. But very briefly.


Occasion:
Hari kita meninggalkan segalanya; Suami, Girlpren, Facebook, Baby Phatku oh.. AJL, Twilight, semualah!


Venue:
Kubur

Investment untuk elak seksa kubur:
Amalkan Surah Al - Mulk setiap hari, boleh baca any time of the day. Paling afdhal lepas solat Maghrib, kerana itu yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

"Hatiku mengkehendaki supaya surah ini berada di dalam setiap hati orang-orang yang beriman." - Rasulullah s.a.w.

How it works:
Diriwayatkan bahawa Surah Al - Mulk ni nanti akan muncul macam satu lembaga (tapi tak menakutkan la) and dia akan teman kita di kubur sampailah kiamat. Kita pun masa tu akan cam, "Uish sape kau" and dia akan cakap, "Akulah Al - Mulk, yang telah kau amalkan dulu." And Al - Mulk yang akan tolong kita deal dengan Mungkar Nakir. Time2 kita nak diazab je, Surah Al Mulk ni cam protect heypppp!!! No no no. Cam kita nya fort (benteng) la like that.

And, Surah Al Mulk ni bukan saja bantu kita kat kubur, tapi menyelamatkan kita dari api neraka also, insyaAllah..


Next!


Occasion:
Hari kebangkitan

Venue:
Wherever we were buried and if kita masih hidup masa sangka kala pertama ditiup; whereever we were dimatikan.

Masa ni kita semua dihidupkan semula lepas sangka kala ke-2 ditiup dalam keadaan bogel dan sangat hina. Time ni tak heran dah kat orang lain melainkan diri sendiri. Sebab time ni baru kita cam "Astaghfirullah betul rupanya cerita Ustaz Azhar Idrus aku dengar kat Youtube tentang hari ni". Time tu kalau nampak Paul Walker kat sebelah pun dah tak heran.

Bangun je, kita akan berbaris and dihalau ke Padang Masyar.

"Sesungguhnya hari pembalasan itu, adalah satu masa yang pasti, Iaitu pada masa sangkakala ditiup, lalu kamu datang dalam keadaan berbaris - baris (ke Padang Mahsyar);

(Surah An - Naba' : 17 - 18)


So terkedek-kedek la kita sama-sama ke Padang Masyar tu. Nak travel ke sana je dah beribu-ribu tahun. Hmm I yang baru brisk walk sejam pun dah tercungap. And time tu, depending on our amalan, ada yang jalan pakai kaki, ada yang even pakai muka. (not to forget ada yang berbau busuk mulut keluar nanah, etc)

So, apakah investment yang kita boleh buat di dunia supaya ada taxi datang amik kita untuk bawa kita ke Padang Masyar?

Jawapannya: Amalan korban.

Jadi siapa2 yang belum buat, berdoa supaya sempat jumpa the next Raya Korban tahun ni. Sebab ia lah yang akan jadi pengangkutan kita untuk ke Padang Masyar nanti. I pernah ingat yang if kita korbankan lembu, pengangkutan kita adalah lembu, If korbankan kambing, then its kambing. And i was like, tak terpenyek ke leher kambing tu kalau i duduk atas dia.

Pastu i ingat cam, kan seekor kambing to let say, kita share2 bahagian kan. So i thought, nanti kat Padang Masyar, kambing tu pun kita kena share the ride. So kena himpit2. Aduish lagila koma terus si kambing dah lah comel.

Sebenarnya takkk. Kat sana nanti technology dia canggih. Tak main la apa yang ada kat dunia. So the "taxi" yang kita akan naik nanti adalah something yang we can't imagine. Macam syurga, kita tak boleh nak imagine camne rupanya. If kita boleh imagine, maknanya itu bukan lah ia. Sebab everything there is BEYOND our imagination.

Lagi satu kan. Okay ni nak mengadu sket lah. Dulu masa sekolah kan. Kita tak diajar pun yang kalau kita buat korban tu, ibadah tu akan jadi tunggangan kita kat akhirat. Yang diajar, hikmah korban tu cam "mengenang kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail." "mendidik jiwa supaya bersih dari perasaan tamak dan iri hati." OK something like that lah. My point issssssssss

Hmmm okay takpelah.


Next Station...


Venue:
Padang Masyar

Haaa dah sampaiiiii. Time ni la segalanya bermula. Kat sini adalah tempat menunggu sebelum amalan dan aktiviti2 kita dihisab. Waktu penantian adalah 50,000 tahun.

Memula kita akan dibiarkan dalam kegelapan and time tu huru hara jadinya. Semua terpekik terjerit2 high note soprano semua tetiba sampai sebab takut. Pastu matahari muncul and panasnya as if matahari tu sejengkal saja dari kepala. Vitamin D? Forgeddit.

Kat sini, siapa yang banyak amalan dia and yang terpilih, akan jadi VIP lah. Akan dilindungi dari kepanasan sebab dia dapat teduhan dari Arasy. Duduk pun kat First Class Lounge sila cemburu. Orang lain tengah peluh-peluh sampai ada yang lemas dalam lautan peluh sendiri. Dia relax je ada aircond. Mereka-mereka yang terselamat dari azab di Padang Masyar ni:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi.

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Though in most of the sources i found say "lelaki", but after clarification from my ustaz, he said it includes wanita as well jadi jangan nanges dan menyanyi lagu Yuna ini tidak adil tidak adil bagiku wahai kaum yang cantik :))


Ok. Time kat Padang Masyar ni lah yang kita boleh dapatkan syafaat Rasulullah s.a.w dengan diberi minum air dari Telaga Kauthar. Masa kita tengah menunggu turn untuk dihisab tu, kita akan haus tahap dewa and bila diberi minum air tu je, kita takkan haus sampai bila-bila. Ini janji Allah dan Allah tidak pernah menipu.

Dan yang paling mengharukan sekali, Rasulullah s.a.w sendiri yang akan cedokkan air dari telaga and pass kat kita. SubhanaAllah.. Nak menangis i dengar.

Ok jom cerita sket kisah pasal Telaga Kauthar ni.

Menurut Anas bin Malik, Rasulullah first dapat wahyu tentang Telaga Kauthar ni masa dia tengah take a nap. Masa tu tetiba dia rasa ngantuk sesangat and dia terlelap. Masa tu dia tengah dengan sahabat-sahabat semua. Bila dia terjaga je, dia terus tersenyum. Para sahabat pun cam pelik so diorang pun tanya, "Kenapa kau tersenyum wahai Rasulullah?"

Baginda pun cerita lah yang dia dapat berita gembira dari Allah and dia bacakan lah wahyu yang dia baru dapat tu.

[108.1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Muhammad) nikmat yang melimpah ruah (di dunia dan di akhirat).

[108.2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban.

[108.3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).



Sebenarnya surah Al - Kauthar ni diturunkan untuk menggembirakan hati Rasulullah. Masa tu, anak lelaki baginda yang bernama Ibrahim baru lepas meninggal. Ibrahim was his son yang last hidup. Rasulullah was very sad and at that time, the enemies duk kutuk dia kata ha ha habislah kau keturunan kau dah putus ha ha perjuangan kau takkan kekal la HA HA.

Disebabkan itulah turunnya Surah ini untuk menenangkan hati Rasulullah and to give assurance to him that everything will be alright.

OK. Bila tengok maksud surah ni, apa kena mengena dengan Telaga Kauthar right? Cam takde sebut pun.

Menurut sesetengah riwayat, ada yang kata surah tu memang specifically cakap pasal Telaga Al- Kauthar. So that is why some translations, ayat pertama tu it says..

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Muhammad) sebuah sungai Al-Kauthar di dalam syurga.

But ada juga riwayat yang mengatakan memang surah ni takde direct translation about the Telaga. But indirectly and with many many hadiths that came after the surah diturunkan, ayat first yang mengatakan "nikmat yang melimpah ruah,"; maksudnya, antara nikmat yang diberikan kepada Rasulullah adalah Telaga Kauthar ni.

Wallahualam.

Tak mengapa, for now, let's talk about this Telaga Kauthar seperti yang pernah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.

Telaga Kauthar ni nanti adalah sebuah telaga yang mana airnya akan diberikan untuk umat Muhammad yang eligible. Sumber air tu pula adalah daripada sungai di dalam syurga yang bernama Sungai Kauthar, and air dia mengalir dari Syurga sampailah ke Padang Masyar, masuk dalam telaga tu. So sumber air tu bukan lah dari bawah tanah Padang Masyar seperti yang kusangka. It is direct from syurga!

Sekadar gambar hiasan..


Sungai tu pula sangatlah cantik di mana air dia lebih manis dari madu, lebih putih dari susu. Pasir dia diperbuat dari mutiara. MasyaAllah.

Sahabat ada lah yang curious and pernah tanya kat Rasulullah, berapa panjang sungai tu untuk sampai ke Telaga Kauthar tu? Bila tanya tu, indirectly boleh tahu lah jarak antara Syurga ke Padang Masyar. Kan? And Rasulullah cakap, "sebulan perjalanan."

Mereka pun tertanyalah juga sebulan perjalanan tu kira camne. Jalan kaki ke. Naik unta ke.

Untuk explain "sebulan perjalanan" tu pada para Sahabat, Rasulullah tunjuk dekat satu burung yang at that time adalah burung paling laju pada zaman Rasulullah. And Rasulullah cakap, jaraknya adalah ikut kelajuan burung tu travel selama sebulan.

Berbalik pada telaga tu tadi, orang pertama yang akan pergi ke sana of courselah Rasulullah s.a.w. Sebab seperti yang diceritakan kat atas tadi, baginda sendiri yang akan beri umat dia yang eligible, untuk minum air tu. So dia akan tunggu kat situ, menanti dengan penuh harapan bahawa ramailah yang akan datang. He just cant wait to see us. SubhanAllah. Sebak bila dengar.

So anyway, kita akan diberi "cawan" untuk minum. Sorang satu cawan. No sharing is caring maka tak perlu rampas merampas. And "cawan" tu nanti bukan calang2 mug dari Switzerland tapi Made in China ye. Tapi ia adalah piala2 yang diperbuat daripada emas & perak and banyaknya piala2 tu nanti bilangannya adalah lebih banyak daripada bintang-bintang di langit. (OK. Tetiba lagu bintang2 berkelipan Amy Mastura berkumandang di telingaku)

I tatau lah bintang-bintang di langit tu berapa banyak. Million ke Billion ke. Kena tanya siapa nerd terror Sains. Tapi dalam erti kata lain, Rasulullah nak cakap, ramai lah daripada umat dia nanti yang dapat minum air tu sebab piala tu nanti memang khas sorang satu. Geddit geddit?

Alright. Itu semua pasal Telaga Kauthar.

Tapi yang i lebih berminat nak tau, macam mana caranya untuk dapat minum air dia??

Akan ada satu kes, di mana masa Rasulullah tengah sibuk distribute air tu, tetiba dia nampak seorang dari umat dia yang dia kenal. Dia sangat excited sebab dia kenal orang tu, pernah borak semua. Masa dia tunduk nak kasi piala kat orang tu, tetiba Malaikat halau orang tu tak kasi minum. Rasulullah pun sangat terkejut. So dia tanya kat Malaikat, awat kamu halau? Aku kenal orang tu. Dia sama2 dengan aku dulu.

Pastu Malaikat pun explain and cakap, lepas kau wafat wahai Muhammad, orang tu telah terpesong akidah and murtad. Maka dengan itu, tak dapatlah dia nak merasa air ni.

*nanges*

Siapa pula mereka-mereka yang dapat minum air idaman ini?

Are we one of them?

As said, tak semua orang dapat minum air ni eventhough dia baik, banyak amalan semua. Sebab, dalam hadith dah explain specific amalan untuk kita jadi eligible. Ini lah pentingnya ilmu. Me myself tak pernah tau yang belum tentu kita dapat minum air ni walaupun mungkin insyaAllah kita ni ahli syurga. (Ameeen)

Sebab?

Sebab amalan - amalan yang kita buat mungkin pahala dia untuk reward lain. Bukan air Telaga Kauthar.

So what is it? What is it? Tell me tell me! How to be eligible?

Okay. Senang je nak ingat. Dia ada 4.


1. Selalu berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

2. Amalkan sebanyak mungkin Sunnah Rasulullah s.a.w

3. Lahir secara ikhlas perasaan rindu dan kasih pada Rasulullah s.a.w.

4. Beri makan pada orang yang berpuasa.


Ada 4 ni, InsyaAllah. I, Siti Rohani Hashim, will see you there. Ewah perasan dia eligible.


Melihat kepada investment - investment di atas, mudah kan?

Tetapi pada saya, tidak. Dalam seharian, kekadang kita lalai dan lupa nak berselawat ke atas Rasulullah. Harap masa solat je lah. Tapi kalau tengah period? Lupa terus.

And then Sunnah. Antara salah satu Sunnah Nabi adalah keluar rumah dengan kaki kanan. Itu pun kekadang i lupa nak buat. Bila dah jejak keluar dengan kaki kiri baru cam "Danggg".

Uhm kalau patah balik and keluar kaki kanan aci tak?

Maka dengan itu, please sama-sama kita ingat mengingati.

InsyaAllah jika berkesempatan i akan list down kan pula Sunnah2 Rasulullah s.a.w in my next entry supaya kita sama-sama dapat mengamalkannya.

Sunnah ni sebenarnya adalah benda-benda unik yang Rasulullah buat. Unik maksudnya yang lain dari kebiasaan. For example, makan. Ada yang cakap, "semua benda kita buat Rasulullah pernah buat. So basically kira kita dah buat Sunnah la tu."

WRONG.

Memang Rasulullah makan, tapi cara makan tu yang membezakan Sunnah dengan Aktiviti. For example, Rasulullah makan dengan 3 jari. If kita makan dengan 5 jari or even 10 jari pun, tu dah tak dikira Sunnah, tetapi aktiviti gelojoh masa lapang. Walaupun memang kita "makan". Maka sangat rugi di situ.

Korang pernah try makan 3 jari? I tak pernah berjaya unless tengah makan popcorn.

And then, niat. OMG ni sangat penting. NIAT NIAT NIAT. Always apa2 Sunnah Rasulullah yang kita nak follow, niat yang kita lakukan sebab:

1. Mahukan redha Allah
2. Nak ikut Sunnah Rasulullah

If takde niat tu, then apa yang kita buat tu walaupun sama, hanya jadi aktiviti dan bukan amalan.

That is why, again, ilmu sangat penting. Sebab if kita takde ilmu, kita tatau semua benda ni. Pastu rugi 27 tahun sebab tak pernah nak amik tahu Sunnah Rasulullah s.a.w.

*nanges lagi*

Kemudian kena start banyakkan membaca tentang kisah dan sirah Rasulullah. Through this sebenarnya akan timbul perasaan rindu dan kasih pada baginda. Sure boleh punya. Baca Ombak Rindu pun boleh terfeeling2 sampai terbawa ke dunia nyata. Kan Nurul kan?

We can do it!!

Okay lah. Tu aje untuk kali ini. I cerita very briefly the other parts sebab the objective of this entry is to share what we can do to get to drink air dari Telaga Kauthar tu. Banyak lagi kisah sepanjang di Padang Masyar tu semua. That one we can google maa.

Oh lastly lupa nak cerita. Nanti masa kita nak minum tu, memang berebut-rebut. Tolak sana sini. Imagine lah nak cium Hajar-Aswad pun sampai berwrestling2 punggung kan.

So ada la Sahabat yang bertanya pada Rasulullah. Nanti dalam ramai2 umat manusia tu, macam mana kamu nak tau siapa antara mereka tu umat kamu? Sebab dah lah tak pernah jumpa. Cam kitorang ni boleh lah kenal.

Pastu Rasulullah jawab, dia kenal sebab umat dia ada nur di wajah kesan air wudu' kita. Wah wahh ala-ala nur kasih gitew. InsyaAllah :)

Cam umat Nabi lain tu, diorang ada Nabi diorang sendiri lah. And Nabi lain pun ada telaga masing-masing. So kita semua nanti, pergi ke telaga Nabi Muhammad sama-sama ye.

Ameen ya Allah
Ameen ya Allah
Ameen ya Allah

:)

Story of Moses


Its Rabu and today is My Tazkirah Day!
And a special dayyyy!! 29 February! Im so lucky. Hehe.


Hari ni nak cerita pasal kisah Nabi Musa. Mostly dah tau pasal kisah bagaimana dia dihanyutkan oleh mak dia di Sungai Nil, and isteri Firaun, Asiah bawa dia masuk istana etc right? But ramai yang belum tahu yang bahawasanya, Nabi Musa ni sebenarnya dia pelat.

Yes. Jika Nabi Daud dikurniakan Allah suara yang terlalu merdu, sampai bila dia baca kitab Zabur dia pun air sungai boleh berhenti mengalir sebab terpesona tahap max, Nabi Musa pula sebaliknya.

Ok mari kita walk down memory lane sejarah Nabi Musa.

Source of this story :90% from Al-Quran
10% from Googling (google.com)


Baiklah. First of all, siapa tak kenal Firaun? Orang putih panggil dia Pharoah. Tiap2 kali kisah Nabi Musa je, nama Firaun pun keluar. Tiap2 kali kisah Nabi Musa je, nama Firaun pun keluar. Firaun ni sebenarnya gelaran buat Raja yang memerintah Mesir at that time. Dia ni perasan dia tu Tuhan dan sejahat-jahat makhluk. So semua orang kena sembah and takut dengan dia. Sungguh whatevss.

Firaun ni ada cam pak nujum la like that. One day, pak nujum ni btau dia yang one day, akan ada seorang pemuda yang akan tentang and lawan dia. Upon hearing that, cuak la member. Ini tidak boleh jadi! budak perasan Tuhan sebagai berkata. Aku arahkan semua kanak2 lelaki di Mesir ini supaya dibunuh berkuat kuasa serta merta!

So askar2 dia pun melakukan aktiviti merentas desa cari di seluruh pelusuk kampung mana2 kanak2 lelaki untuk dibunuh. Masa first arahan tu dikeluarkan, Nabi Musa was still in perut mak dia. Belum lahir lagi. 3 bulan lagi baru nak melihat dunia alolo comel.

So masa mak dia dengar yang askar2 Firaun tengah mencari bayi2 lelaki untuk dibunuh, dia takut sangat. Sebab masa tu sonogram belum ada, so dia tak sure baby dalam perut tu laki ke perempuan. Tanak take the risk, dia rahsiakan kehamilan dia dari semua orang and just duduk tak keluar rumah selama 3 bulan.

Genap 3 bulan, Musa pun dilahirkan and bila mak dia nampak yang anak dia adalah lelaki, dia jadi sangat takut. At the same time, askar2 Firaun masih dikerah untuk bunuh any boys around. Pernah one time, askar2 tu geledah rumah mereka. The mother didnt know what to do, so she put baby Musa in mesin pembakar roti yang sedang panas!

Kuasa Allah, he wasnt affected at all by the heat and dia diam pula tu masa tu tak nanges! Ini adalah antara keajaiban yang Nabi Musa dah dapat since dia baby. And askar tu pun tak lah pulak expect ada budak dalam pembakar roti tu sebab tak logic kan nak letak budak dalam tu. So diorang concluded, no boys in this house!

Alhamdulillah, our beloved Nabi Musa selamat.

Sepanjang hari, hidup aunty Yukabad (mak Nabi Musa) sangat tak tenteram and always worry about her son's safety. One day, Allah wahyukan pada dia supaya hanyutkan Nabi Musa di laut.
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami. 

(Surah Al - Qasas : 7)


Dan melalui sejarah, kita tahu bahawa laut yang dimaksudkan adalah Sungai Nil.


Sungai Nil version real.



After that, aunty Yukabad pun hanyutkan Nabi Musa di Sungai Nil, dalam keadaan yang sangat sedih. Imagine je lah perasaan seorang ibu nak lepaskan anak kat sungai macam tu. Even dalam Al - Quran menceritakan bagaimana hidup dia lepas tu sangat dukacita. Tapi dia yakin dengan Allah, maka dia turuti and berdoa semoga baby Musa selamat.

Version tak real.


To ensure his safety, after dia dah hanyutkan tu, aunty Yukabad suruh kakak Nabi Musa to ikut mana adik dia pergi. So berlarilah kakak dia tercungap-cungap ikut kemana aliran sungai tu membawa adinda yang tercinta pergi.

As you know, Allah berhentikan baby Musa betul2 sebelah Istana Firaun. Setengah buku mengatakan anak perempuan Firaun yang ternampak Nabi Musa. Setengah mengatakan dayang-dayang Asiah. Wallahu'alam. Tapi itu tak penting. Yang penting adalah... kerjasama? Hehe. Yang penting Nabi Musa dijumpai oleh Firaun yang ketika itu beristerikan Asiah. (antara 4 orang wanita dijanjikan syurga di samping Khadijah, Fatimah dan Maryam)

Adakah itu anak perempuan Firaun? Atau dayang kepada Asiah? OK tak penting. Dalam Al-Quran, it says, "Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun"

(Surah Al - Qasas : 8)

Kakak Musa yang jadi spy masa tu terus report kat mak dia kata mak mak Musa selamat mak. Dia berhenti kat istana Firaun. Mendengarkan itu, legalah hati si ibu sebab dia tau anak dia selamat. Tapi hati dia masih rindukan baby Musa sampai satu tahap dia nyaris2 nak pergi istana Firaun dan mengaku tu adalah anak dia tapi Allah kuatkan semangat dia.

Not only that, aunty Yukabad also diupah untuk dijadikan ibu susu Nabi Musa sebab he didnt want to minum susu orang lain. And the sister sendiri yang masa tu pergi ke Istana and suggested for them to ambil her mother as ibu susu. From there we know that Allah kotakan janji Dia pada aunty Yukabad cos Allah promised her that i'll re-unite you with your son soon and also we know that Nabi Musa dibesarkan dengan susu ibu kandung :)

OK dah terpesong sket. Lets go back a lil bit. So where were we?

Alright. Baby Musa dikutip oleh orang - orang Firaun. So bila baby Musa dibawa untuk ditunjukkan pada Asiah, Asiah terus jatuh cinta! Ya Allah comelnya budak nii!!! Bila tengok, terus sejuk sangat hati tu. Macam perasaan i masa tengok Bud ketika tidur. Amboi sempat. Asiah pula masa tu memang takde anak. Sebab dia tak pernah berahem dengan Firaun. Tapi tu cerita lain ya kawan-kawan. So dia pun nak sangat simpan budak tu walaupun dia tau Firaun confirm tanak punya sebab lelaki kan.

Tapiiii belum cuba belum tau! Bila Asiah bawa jumpa Firaun, Firaun pun first time tengok, dia sayu sangat tengok baby Musa. Sebenarnya Nabi Musa ni dia ada penyeri. Sesiapa tengok, akan tak sampai hati nak kasar dengan dia. Hal ni diceritakan sendiri dalam Al - Quran.
"...dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu"

(Surah Taha : 39)
Syaitan pun pernah cakap, dalam banyak2 manusia, Nabi Musa adalah satu-satunya hamba Allah yang dia tak boleh nak marah at. Sebab bila pandang dia, akan cair.

So anyway, Asiah pun pujuk2 la Firaun please abang pleaseeeee i wanna keep this baby. Ok itu version cerekarama. Version Al-Quran, this is what Asiah said to Firaun:

"(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak".

(Surah Al-Qasas : 9)

Asiah ni pun jenis yang lemah lembut. Firaun pun dah lah cair tengok Musa, diblend pula dengan pujuk rayu manja si isteri. Terus he gave in.

However, tukang2 nujum dia warn dia, boss are you sure? He's a boy! Remember our premonition???

Tapi Firaun cam.. hmm tak kot. Takkan lah budak ni. Hmm tak kottttt. Sebab hati dia dah terpaut kat baby Musa kan so he tried to sedapkan hati sendiri la ni. Tapi tukang2 nujum dia tu duk push2 dia jugak cakap boss please dont take the risk bla bla bla ish menyibuk je.

One day, Firaun tengah main2 dengan baby Musa and Asiah. Masa main2 tu, baby Musa pergi tarik2 janggut Firaun. Sebenarnya memang dia suka benor duk tarik janggut orang tu. Tiap kali main, dia tarik. Tiap kali main, dia tarik.

So one day ni Firaun terus cam wait a minute. Tah tah budak ni yang nanti akan hancurkan aku. Asiah pula cam, abang nii biasalah tu baby main2. Tapi Firaun tak puas hati. Dia cam okay lah fine. If betul budak ni nanti yang akan challenge aku, sure lah dia dari bayi pun dah pandai kan. So mari test!

Nak tau apa dia test? Dia pergi letak ketulan bara api and ketulan emas depan Nabi Musa. Pada dia, if this baby is so smart, for sure dia akan amik ketulan emas. So, if dia amik emas, akan ku bunuh!

Ugh he's so annoying!

Bila Nabi Musa tengok ada benda depan dia, as a baby, biasalah semua benda nak amik kan. So tangan dia pun dihulurkan nak capai ketulan emas tu. Tapi masa tu lah malaikat Jibril datang to the rescue and tepis tangan Nabi Musa and makanya, teramiklah dia ketulan bara api instead.

Budak kan. Semua benda nak masuk mulut. Nabi Musa pun sama. Dia masukkan bara api dalam mulut dia. Apa lagi. Meraung seraung raungnya. Habis melecur lidah.

Asiah sangat marah dengan Firaun masa tu. Dia cam haaa puas hati abang? Dengan budak kecik pun nak buat perangai. Asiah pun pujuk la Nabi Musa tapi pedih kot lidahhhh!! Nabi Musa tak berenti2 nangis tapi Firaun suka sebab dia cam, haaa lega hati aku budak ni bodoh so takpe boleh simpan. Padahalllll.

So itulah sedikit sebanyak kisah bagaimana Nabi Musa boleh pelat. Percakapan dia tersekat-sekat. Disebabkan kekurangan dia itu, dia mohon pada Allah to naikkan darjat Harun menjadi Nabi sebagai peneman and tukang cakap dia pada Bani Israel masa tu. Siap ada spokeperson lagi yaw.

Im not sure about you guys, but masa i sekolah dulu, time nak start class agama je, kami kena baca doa ni:

رَبِّ اشْرَحْ لِى‏ صَدْرِى‏ * وَيَسِّرْ لِى‏ أَمْرِى *

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسانِى * يَفْقَهُوا قَوْلِى

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku"

(Surah Taha : 25 - 28)

Ini adalah doa Nabi Musa masa dia nak mengadap Firaun to tell him that dear ayah angkat, you are not God. You are human. So please listen to me and sembahlah Allah. He was so scared that he wont be able to deliver the message clearly, maka dia pun baca doa tersebut.

That is why if you kena buat presentation kat office ke, skolah ke apa and you nervous, baca ayat ni to give you strength and at the same time supaya kata-kata you lancar for your audience to understand what you're trying to share with them.

Semasa zaman Nabi Musa, memang terkenal dengan sihir2 magic2 ni. That is why cara nak yakinkan penduduk ketika itu bahawa Musa adalah Nabi pesuruh Allah, adalah dengan buat something magic jugak. Kiranya cam ikut peredaran semasalah.

Dengan itu, Allah kurniakan mukjizat kepada Nabi Musa melalui pelbagai benda yang cam tak masuk di akal untuk kita yang hina ni to comprehend, dan antaranya adalah melalui tongkat ajaibnya. (He had 9 mukjizats)

Di bawah adalah tongkat Nabi Musa. The real one disimpan di Topkapi Palace, Istanbul. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk tengok depan mata sendiri when we went there last year. However we were'nt allowed to take pictures in there, so gambar di bawah adalah dari Google Image.


Am not sure whether this is a replica one or whatnot. But i dont think this is in Topkapi Palace. Doesnt matter, what we need to know is rupa tongkat itu. Dia ada cam dahan kecik terkeluar dari landasan tepi tu.
Tongkat ini yang digunakan untuk membelah Laut Merah.



Dianggarkan ketika itu:

Lebar laluan : 900 meter
Tinggi air laut : 1800 meter
Jarak dari hujung ke hujung yang mereka harus lintasi : 7 km
Pengikut Nabi Musa : 600,000 orang


Itulah sedikit sebanyak kisah tentang jejaka yang bernama Musa. Nak cerita lagi memang panjang tapi saya harus melunaskan tanggungjawab sebagai isteri pula yakni menyuruh suami untuk mengurut badan dan kakiku yang lenguh wahaha derhaka sungguh.

Lastly on another note, buat peringatan kita sebagai kaum wanita, kagumilah Asiah daripada Adele. Walaupun beliau dikelilingi kemewahan dunia, sedikit tiada rasa heran dan takbur pada kesenangan yang sementara. Beliau dipenjara dan diseksa separuh mati, namun tidak pernah tergugat imannya. Itulah Asiah, Ratu Syahadah.
"Wahai Tuhanku, binalah istana untukku di sisi-Mu di dalam syurga" - Asiah

(Surah At - Tahriim : 11)