Sunday, March 18, 2012

Rahmat Allah

This post is requested by AznurulThank you hun!

*******************************************

Soalannya: 

Macam mana caranya untuk kita mendapatkan rahmat Allah? Kerana Rasulullah pernah menyebut, yang kita nanti masuk syurga kerana rahmat Allah, dan bukan kerana AMALAN KITA.

I love this question cos i also pernah dengar about that quote but never drill further. So this time, i have asked my uncle, whom i trust with anything related to Agama, and whom i call Pakchet, plus listening to ceramah Ustaz Shamsuri on YouTube. And now im gonna share with you what ive found out :)


Apakah itu Rahmat Allah?

Maksudnya segala sifat pengasih, penyayang, pemaaf, dermawan, cepat kesian, simpati, pemurah, belas ihsan, dan segala yang sama waktu dengannya yang ada pada Allah. Allah tekankan banyak kali sangat dalam Al-Quran, dalam pelbagai surah, tentang RahmatNya


"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia."



(Surah Al-Hajj : 65)

Dan Allah tekankan banyak kali word melimpah dalam setiap ayat kerana Allah nak beritahu kita yang dia sayang kita maka NEVER ada perasaan ragu2 dengan RahmatNya. 

Rahmat Allah ni sebenarnya ada 100 bahagian. Tapi Allah kasi kat dunia ni 1 bahagian aje untuk kita. And 1 bahagian ni lah yang ada dalam diri setiap daripada kita sekarang.


OK. How to get Rahmat Allah?

Terapkan dalam diri sifat2 Rahmat Allah dalam diri kita. Yakni, kita kena ada sifat2 ni pada manusia lain dan haiwan. Sayang pada musuh, Kesian pada haiwan yang kotor and kelaparan, Ajak orang berbuat baik, Memaafkan orang yang sakitkan hati kita, dan sebagainya. Apa jua bentuk kasih sayang, kita beri. 


Kenapa kita kena dapatkan Rahmat Allah?

Kerana tanpa Rahmat Allah, TAK MUNGKIN kita akan masuk syurga. Sebab amalan kita ni sebanyak mana pun, takkan boleh compensate dengan apa yang Allah dah beri pada kita. Walau kita rajin beribadat camne pun, kalau takde sifat2 sayang, kesian atau pemaaf pada orang, forgeddit. TALK TO THE HAND.

Contoh.

Case #1

Di zaman Rasulullah, ada sorang perempuan ni. Memang taat dengan perintah Allah. Tahajjud tak tinggal, puasa, sedekah and lain2 lagi lah. Semua yang kenal and tau pasal dia masa tu, semua duk cakap dia ni confirm lah ahli syurga.

Tapi dia ada pe'el dia. Dia tak suka kucing. Takut ke apa tatau lah kan. So dia pernah lah ikat seekor kucing ni, sampai kucing tu mati.

So Rasulullah beritahu para sahabat, perempuan tu adalah ahli neraka. Sebab apa yang dia dah buat pada kucing tu sangat kejam dan zalim di mata Allah.

Case #2

Case ni terbalik pulak. I think you all know about kisah seorang pelacur wanita yang kasi anjing minum. OK kenapa Case #1 i guna word perempuan and yang ni wanita. Huhu okay nevermind. So anyway, sebenarnya dia kesian tengok anjing tu terjelir lidah terlalu dahaga sebab panas masa tu. Matahari terik. So dia pergi kat telaga nak amik air tapi tak sampai. So dia cedok air telaga tu guna kasut dia and kasi anjing tu minum. 

Hanya kerana belas ihsan yang dia beri pada anjing tu aje, terus Allah ampunkan dia dan jadikan dia salah seorang ahli syurga.


So you can know by now betapa pentingnya kita hidup bermasyarakat seperti yang tertulis dalam buku teks Darjah 4. Sifat rahmah ni sebenarnya perlu ada dalam hati kita sebab tanpanya, ke neraka lah kita. Pape kena tengok hati balik.


Camne kita nak tau yang hati kita ada sifat2 Rahmat Allah?

Pakchet kata senang ajo. 

Cuba tengok kalau kita nampak orang yang kita tak suka, dia buat silap and kena marah dengan boss. Adakah hati kita puas wahaha padan muka kau rassakannn atau kita ada rasa kasihan pada dia? 

Kalau orang buat silap dengan kita, and sampai tahap you broke my heart bla bla bla, adakah kita akan maafkan?

Kalau kita tak tahan tengok si polan tu menggedik dengan lelaki2 kacak dalam Facebook, lantas kita menyampah, adakah kita akan cari gang yang menyampah juga supaya boleh mengumpat together-gether?

Jika kita tick tick tick situasi di atas, sah sah lah kita ni jauh dari Rahmat Allah. 

Hati & Mulut ni memang paling susah kita nak jaga. Kan? H&M. Wow nama brand.


Sebenarnya kan, Allah ni terlalu sayang kat kita, that's why dia kasi kita Rahmat Dia. Nak harapkan amalan kita yang seco'et ni, hmm tak sampai hati nak cakap.

Rasulullah ada lah cerita dekat para sahabat kisah2 kat Padang Masyar nanti yang berkaitan dengan Rahmat Allah. I dengar, sedih. I baru taip sampai sini pun air mata dah bergenang. Ni belum cerita lagi ni. 

OK inhale.. exhale...

OK kasi i minum jap.

OK over kan.

Okay jap je.

********************


.
.
.
.
.
.
.
.

Am back!

Okay sambung.

Antara satu sifat Allah ni, dia Maha Kesian. Maha Tak Sampai Hati. Dia kalau boleh takmo kita kita ni semua masuk neraka. 

Bayangkan. Seorang ibu pun tak sanggup nak campakkan anak yang dia kandung ke dalam api, inikan pula Allah yang menciptakan kita. And kalau Allah kasi 1 bahagian aje dari Rahmat dia kat dunia ni untuk kita, for us to feel all the kasih sayang, belas ihsan etc, imagine how Maha segala Maha sifat KESIAN yang ada pada Allah. 

So sebab sifat Maha Kesian Allah ni lah yang banyak kisah2 dekat Padang Masyar nanti, manusia selamat dari azab neraka.

Satu case, ada dua orang BFF ni. Sorang dapat masuk syurga, sorang lagi... aih pepaham je lah. Pastu, masa yang dapat masuk syurga ni berada dalam syurga, dia dalam keadaan kesedihan. Dia duk cari2 BFF dia tu tapi tak jumpa.

Malaikat pun tanya, "ko cari apa ni?" Dia cakap lah, "Aku cari bestfriend aku. Mana dia?"

Malaikat pun cakap, "Oh.. Hmm.. Dia tu.. Kena masuk neraka. Timbangan berat belah kiri."

Mendengarkan tu, dia pun rasa sangat sedih so dia sugul manjang. Dia cakaplah, "Aku dulu masa kat dunia, memana pergi kitorang berdua. Pergi toilet sesama, lunch sesama, semua tempat sesama tak pernah berpisah. Sekarang ni bila dia takde, aku rasa sunyi sangat. Aku memang sayang kat dia.."

Bila Allah dengar je tu, Allah rasa cemburu. Jangan ingat kita je ada perasaan jealous2 ni. Allah pun ada. Rasa berdosa kan bila cakap sebab cemburu ni kan cam dikaitkan dengan negative feeling. Tapi Pakchet kata cemburu adalah salah satu sifat Allah and of course in a good way lah.

So Allah cemburu bila Dia tengok ada hamba Dia yang menyayangi hambanya yang lain sebanyak itu. So Dia cakap, "Adakah kau mahu menjadi penyayang lebih dari yang Maha Penyayang?"

Disebabkan persahabatan yang sejati itulah, Allah perintahkan malaikat keluarkan kawan dia yang masuk neraka tu, untuk dimasukkan ke dalam syurga. Jadi inilah maksudnya tadi yang kita masuk syurga kerana Rahmat Allah.

So Pakchet kata, pentingnya kita mencari sahabat yang baik kat dunia ni. Sebab persahabatan tu insyaAllah antara sebab yang boleh selamatkan kita. 

Bukan persahabatan je. Perkahwinan pun. Ada juga case yang si isteri sedih sebab suami dia tak lepas test so masuk neraka. So isteri dia ni sangat sedih and sebab Allah tanak dia sedih, Allah keluarkan husband dia dari neraka and bawa dia masuk syurga so that isteri dia happy. Sebab Allah tanak sesiapa pun dalam syurga bersedih. Syurga kan tempat kita enjoyyyyy~~~ 

So tadi kan dah cakap yang Allah selagi boleh tanak biarkan hamba Dia dalam neraka. Selagi boleh Dia akan cari alasan untuk masukkan kita ni dalam syurga. Nak tunjuk betapa besarnya Rahmat Allah ni, adalah seorang budak ni. Dia masuk neraka. Tapi Allah nak masukkan dia dalam syurga. So Allah tanya malaikat. Soalan pertama:

1. Pernah tak dia ni makan/minum dengan ulama'?
Malaikat jawab: Tak pernah.

2. Pernah tak dia duduk sekampung dengan ulama'? Maksudnya cam i ni kat Pandan Jaya kan. Ada tak kat Pandan Jaya ni rumah ulama'?
Malaikat jawab: Tak ada.

Allah tanya lagi...

3. Nama dia sama tak dengan mana-mana ulama'?
Malaikat jawab lagi, Takde..

Lastly Allah tanya,

4. Pernah tak dia berkawan dengan kawan yang berkawan dengan ulama'?
Time ni malaikat jawab, PERNAH!

So Allah terus perintahkan malaikat untuk keluarkan dia dari neraka to masuk syurga.

Maksudnya kat sini, Allah memang akan sentiasa cari alasan untuk kita. Berkawan dengan kawan yang berkawan dengan ulama' pun boleh masuk syurga. SubhanaAllah besarnya kasih Allah.

Tapi ada syarat. Perlu ada keimanan dalam diri kita walaupun sebesar zarah. Yang tak dapat Rahmat Allah ni adalah orang yang takde sifat Rahmat Allah dalam diri, and yang takde keimanan langsung, yakni tak percaya 6 Rukun Iman tu.

That is why, kalau kita ni jenis yang tak pernah beramal, semayang liat, kalau tak liat pun duk lengah2 nak habiskan FRIENDS dulu baru nak amik wudu', bila buat maksiat tu punyalah bangga terus update Facebook "Si Polan just became the mayor of - Zouk, Ampang"; tapi kalau kita ada iman walau sebesar zarah, yakni percaya yang Allah itu Esa, maka insyaAllah, akan ada Rahmat Allah untuk kita, InsyaAllah. 

Jadi kita kena sentiasa yakin akan Rahmat Allah, and never give up, walaupun kita rasa kita ni banyak dosa. Yakin Allah Maha Pengampun. Kerana ingatlah, "RahmatNya mengatasi segala."

Allah ni sayang sangat kat kita, sampai nanti kat Padang Masyar, adalah sorang ni. Bila timbang amalan, berat belah kiri. So masa dia nak kena seret ke neraka tu, dia cam pandang2 belakang dengan muka kesian cam cari2 Allah minta simpati harap Allah ampunkan dia. Kejap2 kang dia toleh belakang cam merayu please Allah i dont wanna go to neraka..

Disebabkan Allah tengok muka dia minta simpati camtu, Allah terus tak sampai hati, terus kesian, and arahkan malaikat masukkan dia dalam syurga. JUST LIKE THAT.

Ni nak tunjuk betapa besarnya Rahmat Allah untuk kita yang selalu lupakan Dia.

Ada seorang manusia yang kalau dia buat muka sedih, i akan tak sampai hati. Beliau adalah my niece, Aryssa. Kalau let say i tegur dia with something, dia jenis akan cembeng tau. Berbeza dengan Ayqal yang terus keluar suara soprano. So bila dia cembeng, dia akan pandang you dengan pandangan yang sangat sayu, air mata bergenang, terus i cairrrrrrrr rasa nak nangis sama. 

So i fikir, kalau i, manusia, boleh rasa perasaan tak sampai hati dengan hanya 1 bahagian dari Rahmat Allah yang Allah kasi untuk kita semua, ini kan pula Allah, yang Maha Mengasihani, Maha Penyayang, dan sebagainya. 

Ok nak nangis. Terharu dengan kasih sayang Allah pada kita.

Pelbagai alasan Allah beri untuk kita ni masuk syurga sebenarnya. Ada tu pasal rajin sapu masjid, ada tu pasal air mata. Yang kes air mata tu rasanya antara yang famous. Whereby masa dia baru nak dicampak ke neraka, bulu mata dia bersuara "eh kejap kejap." Malaikat pun tanya, "kenapa?" Bulu mata dia tu cakap, "Dulu dia ni pernah satu malam tu, kerana takutkan Allah, dia menangis sekejap and keluarlah setitis air mata dia. And sebab setitis air mata tu, basahlah aku satu helai."

Mendengarkan tu, Allah pun perintahkan malaikat masukkan dia dalam syurga. Pasal bulu mata basah je kot. Sehelai je pula tu.


Question! Kalau kita boleh masuk syurga kerana Rahmat Allah, and dengan iman yang sebesar zarah pun dah cukup, kenapa nak kena buat amalan semua?

Fikir camni je lah. Allah dah limpahkan kasih sayang dia pada kita. Tanak ke kita return the love to Him pula by buat apa yang disuruh dan disukai olehNya?

And then, syurga ni ada 8 pintu, 100 tingkat. Ada First Class ada Economy Class. Cukup ke kita nak settle dengan Economy Class tu aje? Nak hidup selamanya ni wak. Final Destination tau.

Dengan amalan lah kita boleh aim for Syurga Firdausi. Rasulullah dah pesan, kalau kita aim for syurga, aim for Syurga Firdausi. Sebab Syurga Firdausi ni terletak di tengah2 segala syurga, so dia boleh nampak pemandangan semua syurga yang ada. Special laidet.

So kalau amalan setakat atas pagar, camne nak dapat Syurga Firdausi and enjoy all the entertainment?

And then, orang yang level bawah takleyh naik atas. Tapi orang atas boleh gi level bawah. Makin atas level you, makin best hidup you. 

For example lah. Let say i dapat tingkat 50. And one of you dapat tingkat 51. So if i miss you and wanna see you, i have to ask for you to come down and see me cos i takleyh naik level you. But you can come down and see me anytime. 

So again, dengan rahmat Allah kita memang dapat masuk syurga, tapi lowest class lah. But dengan amalan kita boleh upgrade our life kat sana nanti. And kehidupan kat sana adalah kekal.

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; dan mereka akan diberi ucapan selamat (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu."


(Surah Ibrahim : 23)


Alright. Hope that clarifies tentang Rahmat Allah. Jika ada salah silap, minta tegur and sama-sama kita belajar. Thanks again to Aznurul for requesting this topic. :)

As for us, untuk tanamkan diri dengan sifat2 Rahmat Allah, first step:

1. Tahan mulut dari mengumpat

2. Fikir positive pasal orang

3. Maafkan sesiapa saja yang buat salah pada kita

If we can do this 3, insyaAllah sifat penyayang, kasihan, etc, akan lahir dengan semulajadi, insyaAllah. Ameen ya Allah..

10 comments:

  1. Maziana : Roe... ingat aku tk.. Sgt la A+ for your sharing.. Inspire me to be a better person tau..

    ReplyDelete
  2. Mazzzzzzzz.. of course la ingat! Kita sama2 susah payah stress depress dengan Production House dulu heheheh.

    Keep in touch k!

    ReplyDelete
  3. Wahai abu, saya nak senyum balik --> :)

    ReplyDelete
  4. assalam roe,
    adakah kita diberi kesihatan,kebolehan melihat,mendengar dan sebagainya dikira sbg rahmat dari Allah s.w.t juga?


    Harap dapat membantu menjawab persoalan saya ini.

    -cikja

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam cikja,

    perkara2 yang u sebutkan tu adalah NIKMAT Allah beri. Rahmat more to feelings, jati diri.. :)

    ReplyDelete
  6. thanks roe..syukur la u bg cth2 yg sng nak faham..tak kompleks & complicated sgt..maklum la i ni baru belajar..kalau high level language sgt lagi la runsing nk cari jawapan..=)

    ReplyDelete
  7. we want more... sambil hentak2 kaki... hehehe..
    thanks kak roe 4 the tazkirah.. :)

    ReplyDelete
  8. Hi roe :)
    I br je tnya psl psl perbezaan nikmat dan rahmat and taufik dan hidayah dgn ustaz..igtkn i sorg je yg tertnya2..hehe..ur exmple sgt best! :)

    ReplyDelete